PRESENTASI PANDUAN PELABURAN S.D

Sunday 20 February 2011

APAKAH HUKUM PELABURAN FOREX DARI SEGI SYARAK ?


FOREX atau Pertukaran Matawang adalah satu produk kewangan yang paling besar diniagakan dalam dunia hari ini. Pada zaman Rasulullah dahulu matawang yang digunakan adalah dalam bentuk matawang Dinar atau wang emas. Namun hari ini, matawang emas telah digantikan dengan matawang kertas yang mempunyai nilai yang setara dengan nilai emas. Itulah sebabnya kenapa matawang sebelum ini disandarkan kepada RIZAB EMAS yang disimpan oleh Bank Negara bagi sesebuah negara tersebut.

Namun hari ini, matawang boleh diibaratkan sebagai ’SAHAM’ bagi sesebuah negara. Lebih kukuh ekonomi bagi negera tersebut maka lebih kukuh nilai matawangnya. Jika ekonominya menurun, maka nilai matawangnya juga menurun. Jadi ianya sama sahaja seperti saham bagi sesebuah syaraikat. Lebih baik perniagaan sesebuah syarikat maka lebih tinggi nilai sahamnya.

Nilai matawang bagi sesebuah negara adalah berbeza di antara satu sama lain. Ini bergantung kepada ekonomi atau keadaan dalam sesebuah negara. Adakah anda ingin menukarkan nilai ’saham’ yang lebih tinggi dengan ’saham’ yang lebih rendah nilainya ? Tentu sekali tidak ! Begitulah juga dengan nilai matawang. Nilainya mungkin berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Jadi ini bermakna nilai pertukaran matawang di antara negara-negara berlainan adalah berubah-ubah mengikut keadaan semasa (pada masa pertukaran di lakukan), dan ianya sekali-kali tidak melibatkan riba’.

Lantaran itu, ramai ulama-ulama dari seluruh telah menetapkan bahawa perniagaan FOREX adalah HARUS dari segi syara’ termasuklah Dato’ Harussani, Mufti Negeri Perak sendiri.


No comments:

Post a Comment